Tuesday, June 4, 2013

HARGA CINTA

Cinta itu,sukar ditafsirkan dengan kalimah..
Mahal tarifnya maha tulen..perlu di olah hakikat aktual..
Seakan sekian waktu mengejar fatamorgana di gurun sahara..
Cinta itu,perasaan jiwa azali..fitrah sifat manusia..
Menjelma tanpa salam,tanpa pesan,tiada bertopeng..
Cinta itu,menuntut hak mencintai dicintai..
Dalam menakluki cinta,ingin juga cinta di jajahi sepenuhnya..
Cinta itu,transisi kepada cinta putih..
Mungkin layu sekiranya alpa juga gugur satu persatu..
Betapa harga sebuah cinta,deria dan emosi..
Meraba mencari kepastian dalam realiti pengembara cinta..
Cinta itu,kata yang telah sedia ada..namun tak seindah menikmati..
Persoalan harus digembur dari personaliti sendiri..
Tiada bicara lain wibawa merealisasi kemurniaan cinta..
Selain dari ungkapan cinta dari insan tersayang..
Cinta itu tiada nilainya kerana nilainya milik nyata..
Sebuah cinta suci,hanya dua insan bercinta saling mengerti..

No comments: