Tuesday, March 29, 2011

bercuti d langkawi...

bulan 2 ri2,kmi ke langkawi...bercuti 2ari semalam kat cna...adik yg kecik,ainun pun ikut..mama n ikin xdpat join skali...walopun masa singkat tp kmi tetap happy..masa naik
feri tu,ingtakan haziq nak tkut coz xpanah tp xdak mananya...biasa jer dia...smpai kat langkawi,bru dia xcited ckit...kmi sewa kreta n trus ke pantai cenang..brehat2 kat chalet n trus melawat underwater world...rasa sdikit terkilan coz dah xmcam dulu...lpas  brita kematian bnayak hidupan dalam UWW,dah xbest mcam dulu..dah xbnyak mcm dulu tp ckup la utk anak2 nak tgk...xcited sungguh anak2,terutamanya haziq...dah aku bersungguh2  ajak naik cabel car,en,suami pun mnurut la...smpi jer kat sana,akau dah cancel semua rasa nak naik...xdaya btul aku tgk...aku bayangkan xla setinggi tu...nah, pdan muka akui...en.suami mengutuk habis...kna lah naik jugak..rupanya msa nak bli tiket kna tunjukkan ic..aku tinggal purse so dgn ic skali lah..dah xpsal2 kna bayaran pnuh... warganegara sparuh harga,warga asing harga pnuh...merugikan btul la...tp mmg salah aku,spatutnya ic kna bwa ke mna pun...rugi...rugi...berbalik pd cabel car tu...serius tkut n risau..ainun tutup muka trus,kakak dah nak nangis,aku mmg tkut tp control la coz aku yg ajak naik,en.suami pun nmpak cuak tp haziq relax jer...xdak prasaan.. ngeri.. ngeri..rsa nak naik skerat jer trun blik tp rugi plak rasanya coz dah nak smpai atas...kmi dok atas skejap jer coz dah ptg sgt msa tu...xkan aku ulang naik cabel car tu dah...xsanggup aku....mlam tu cuma brehat2 kat blik,makan2n jlan2 bli brg kat sberang jlan chalet... esoknya,shari bg anak2 main air laut...d temani en.suami n achu depa...aku?? ha...ha.. ha...msuh bilik n tido...xsempat nak shopping sgt coz xckup time...spatutnya msa check out dengan msa kna antar keta tu ckup tp dah stuck dlm trafic jam...le tour de langkawi bru nakstart...jlan bnyak tutup...lepas makan nasi ayam periuk besar,kmi trus blik...best n bahagia rasanya dpat abiskan msa ngan family mcm tu...hope dpat pluang mcm tu lg lpas ni.. insyaALLAH...akan aku n en.suami usahakan utkanak2 rasa sronok cam tu lg...

hujan oh hujan...

 hujan oh hujan....
kmarian n ari ni,hujan shari suntuk x brenti2...aduhai,takutnya kot2 lah banjir lg...
tp dah comform beberapa tmpat dah naik air...xtau mcm mna keadaan sbenarnya...
sama ada berlaku spt banjir betul or cuma rumah2 org yg dekat tp 'bendang' n jalan yg longkang or pengairan xelok...pa2 pun hope smakin buruk n ujan brenti scepat mungkin..ksian kat mangsa2 banjir yg lepas tu...bru nak snang hati...n ksian juga kat petugas2 banjir..xtido n penat lelah bntu mangsa banjir...tp kalo dah d takdirkan,siapalah kita nak menolak n membangkang...trima dengan seikhlasnya ketentuan ALLAH S.W.T...

MaLaM

  mAlaM.....
tErGuRiS lAgI hAtI iNi
BiLa RiNdU mEnCeNgKaM
mEnGaLiR aIr MaTa SeDiH
mAlAm
bErLaLuLaH SeGeRa
jAnGan SaKiTi HaTiKu
kEsEpIaN mAlAm 
mEnAmBaH kEpIlUaN
kEsHaHdUaAn MaLaM
mEnIkAm RoNgGa DaDa
mErInTiH sEnDiRiAn
mEnGhArAp KeHaDiRaN
fAjAr
mEnYiNsInGlAh sEgEra
mEnTaRi 
sInArIlAh WaJaH mUrAmKu
mEmBaKaR SeGaLa DuKa

Tuesday, March 22, 2011

SAAT CINTA BERSATU

saat cintaku dan cintamu bersatu
lidah jadi kelu
bibir turut membisu
rindu sering bertamu...
dalam mataku ada wajahmu
dalam jiwamu ada nafasku
dalam hatiku ada namamu
dalam mindamu ada memoriku...
saat cinta bersatu
mengusir segala sendu
menggamit segala restu
moga cinta kita damai selalu...
hari ini milik kita
esok milik siapa...
kita hanya mampu mengangkat muka
menadah tangan memohon doa
pada Yang Maha Esa
moga cinta kita bersatu selamanya...

SUAMI KU

hadirmu suatu waktu dulu
bersama wangian kasturi dari alam syurga
melebur segala duka di hati
pada TUHAN YANG ESA
ku pohon sejuta doa
agar kasih yg tercipta
akan mengukuhkan ikatan kemesraan
antara kita..berbicaralah aku pada nada suaramu
bertudunglah aku pada kedut matamu
berbicara lagi pada mata hatimu
dengan nada dan getar suaramu
untukmu yang kusayangi
kini kita telah bersatu
mengayam kasih memintal rindu menjadi sebuah mahligai cinta
salam manis sepuisi rindu
buatmu yg kini suamiku
semoga kemesraan yang kita jalin
semoga kasih sayang yang kita semai dan 
semoga cinta yang kita bina 
akan kekal selamanya

JODOHKU KETENTUAN MU

YA ALLAH,
andainya dia adalah jodohku
maka campakkanlah dalam hatiku
cinta kepadanya adalah kerana MU
dan campakkanlah cinta dalam hatinya
cinta kepadaku adalah kerana MU...
NAMUN,
andai dia bukan jodoh yang
ditetapkan oleh MU kepadaku
berikanlah aku kekuatan agar
pasrah dalam mengharungi
dugaan yang KAU berikan kepadaku...
TETAPI,
doa dan pintaku agar dia
yang bersamaku hari ini adalah
jodohku yang ditetapkan oleh MU
sesungguhnya hanya dia yang kucintai
dan aku tak sanggup berjauhan darinya
apatah lagi untuk berpisah dengannya.

DIALAH BULAN DAN MENTARI

dialah mentari
yg aku bgaikan adiwarna
punca sgala kekuatan utk meneruskan hdup
tumbuh segar fikir dan budi d semaian ksih syg
berbunga kemanusiaan
harumlah kehidupan d serikan buah zaman
dialah bulan
yg aku umpama seni
melukis insani dgn figura dan potret kepasrahan
mengutip sejuk malam
sinarnya melakar ceria
senyum pun terukir d tasik cinta nan kudus
hidupku perlukan dia d sisi
diiringi kekuatan 
sbg tulang belakang
suatu perjalanan dlam peta penghidupan
utk mencari redha ILLAHI
ke hidup yg kekal abadi

BAYANGAN KASIHMU

lewat jalinan hari
kau tebar pesona
hingga bumi dan mimpiku
penuh bertebaran rasa rindu
saat mentari terbenam di langit
ku pupuk rindu bersama rembulan
sambil mencari bayang-bayang dirimu
diantara tebar bintang-bintang
ku pinta pada angin rembulan malam
untuk membawa setulus rindu dan
bisikkan mesra kepadamu.di sini
aku menunggu untuk bersamamu kasih
sungguh ku ingin kehadiranmu
bukan sekadar bayang-bayang
agar dapat aku rasakan
indahnya kasih dan sayangmu

KEYAKINAN

perjuangan yang telah larut senj
,merangkak upaya mencapai hajat
jerih payah menelan waktu
menghargai sengsara pedih menghiba
menarah lorong-lorong rindu
jiwa yang lental tidak pernah mengalah
kerana yang terlewat tidak terlambat
selagi yakin berbalut keimanan
segala halangan bisa di rempuhi
mengharap jaya
akhirnya memaut bahagia

HARGA KESETIAAN

di pasar cinta
kesetiaan tiada tanda harganya
kerana ia perlu di beli
dengan nilai peribadi
harga kesetiaan
bukan pada lafaz cuma
atau meletak peribadi sebagai janji
harga kesetiaan di pasar cinta
adalah mahkota yang terbelai dan 
diri yang mengerti
dalam menanti debar
ikatan yang sejati

MONOLOG BUAT KEKASIH

merangkai warna dari ceria pelangi
menyinsip hari menyonsong bilah realiti
mentafsir karisma kasih
menilai keikhlasan cinta
inilah ketentuan dari peradaban
menyusur perjalanan keakraban
menambah kematangan,mengunci kesetiaan
menabiri sayang
menyimpan di persada ingatan
melangsungkn adat di pelamin kehidupan
adalah hamparan resah
selagi ia belum menjadi kepastian

REALITI PERCINTAAN

Fahamilah
sebenarnya kita kini dalam dunia percintaan
antara insan dengan insan
antara perasaan dengan nafsu
ada butir-butir ketulusan
ada butir-butir kepura-puraan
mengertilah
sesungguhnya kita kini dalam dunia perkasihan
antara kasih dengan kasihan
antara kesetiaan dengan kecurangan
ada benih-benih keikhlasan
ada benih-benih kecurigaan
ketahuilah
kita kini dalam dunia kerinduaan
antara rindu dan dendam
antara suci dan noda
ada kuntum-kuntum mekar
ada kuntum-kuntum layu
ada kumbang-kumbang liar
ada kumbang-kumbang jinak
yang menghangatkan perjalanan 
di lebuhraya percintaan

POTRET IMPIAN

Dari bingkainya ku salutkan rindu
dari kacanya ku ukir butiran syahdu
dari warnanya ku loretkan mimpi
dari jambangannya ku gubah janji-janji
yang tergantung di halaman waktu 
adalah potret impian
kugilap ingatan buat melayari musim-musim kemesraan
resah yang sesekali bertandang
mengulit nostalgia semalam
di perkarangan hari
kurasakan rindu yang masih basah
di simbah ingatan yang panjang
dari kanvasnya ku adunkn sepi
dari cerminnya kusatukan sunyi
dari warnanya ku hiasi duka
dan dari lukisannya ku abadikan
dengan air mata kasih

KASIH DAN RINDU

Sayang
tanpamu akulah yang rindu
tanpa dirimu hilanglah manjaku
kasihmu kata naluriku
cintamu hanya di hati
izinkanlah aku selami hatimu
kaulah yang satu
sucinya cintaku padamu
hanya TUHAN saja yang tahu
ketahuilah
kasih dan riduku hanya milikmu
abadi dan selamanya

DI SUDUT KERINDUAN

cebisan dari sebuah penantian
aku semakin lesu di goda rindu
terdampar lemas di dataran tandus
tercari-cari bayanganmu
di pepenjuru belantara hatimu
menyelongkar nilai kesetiaan kasihmu
mungkin
disudut ini aku kehilanganmu
tapi di sudut warkahmu
kita adalah sejati
meskipun jarak dan waktu memisahkan kita
bayangan sentiasa bertaut dalam kerinduan

HARGA CINTA

cinta itu
sukar di tafsirkan dengan kalimah
mahal tarifnya maha tulen
perlu diolah hakikat aktual
seakan sekian waktu mengejar fatamorgana di gurun sahara
cinta itu
perasaan jiwa azali
fitrah sifat manusia
menjelma tanpa salam
tanpa pesan
tiada bertopeng
cinta itu
mengetahui dalam sepi
istilah cuma tahu bercinta
andai ada landasan terpasrah
buat pesona cinta
cinta itu
menuntut hak dicintai mencintai
dalam menakluki cinta
ingin jua cinta dijajahi sepenuhnya
cinta itu
transisi kepada cinta putih
mungkin layu sekiranya alpa
pun gugur satu persatu
betapa harga sebuah cinta
deria dan emosi
meraba mencari keruan pasti
realiti pengembaraan cinta
cinta itu
kata yang telah sedia ada
namun tak seindah menikmati
persoalan harus digembur
dari personaliti sendiri
tiada bicara lain
wibawa merealisasikan kemurniaan cinta
selain ungkapan cinta terpacak 
cinta itu tiada nilainya
kerana nilainya milik nyata
perasaan dua hati 
bersama sebuah cinta abadi...

SUARA RINDU

apabila kau bersuara rindu
terpana aku dengan petahnya katamu
terbuai aku dengan lunaknya bicaramu
terpesona aku dengan pujuk rayumu
lalu bertukarlah menjadi lagu
gemersiknya mencairkan hatiku
gayanya menyentuh kalbuku
nyanyian rindumu buatku
ku ingin kau pentaskan buat selamanya
aku sentiasa mengharapkan
titis-titis rindumu tidak akan pernah berhenti 
biarlah ia kekal abadi untuk diriku

KEJUJURAN PENGHARAP

tuntutan itu adalah naluri
dalam mimpi bertanya dan berpesan pada diri
di mana restu mahupun doa kudus
salam paling manis untuk dua hati biru
yang merindu-rindu kenyataan
kepulangan cinta sebenar
ke pangkuan kekasih sejati
menyambut pesanan di dalam salam di awan senja
setiap waktu ku utus doaa dan kata-kata ini
kuzahir pada rindu matamu
setiap pagi ku sampaikan salam sayang padamu
dan lahirlah rasa syukur dalam hati dan diri kit
kita tidak bersendiri
tetapi di temani DIA yang MAHA MENGETAHUI
apa yang ada di langit
apa yang ada di bumi
apa yang ada di lautan
apa yang ada di daratan
mahupun
apa yang ada didalam hati kita

AMPUNKAN ISTERI

dosa wanita banyaknya dosa rumahtangga...mcam mna nak elak sepenuhnnya zaman skarang ni...wanita skarang dah b'sama2 lelaki b'susah pyah n b'usaha utk jadikan family lbih sempurna serta cukup segalanya...jadi,utk suami2 d pohon agar sentiasalah meredhakan perginya isteri anda bekerja n memaafkan ketika pulangnya isteri anda,selagi yg d lakukan tidak melanggar hukum agama...jngan segan bantu d rumah n uruskan anak2...tolonglah kami,wanita2 yg menjadi isteri agar kami juga sma2 mndapat pluang utk menikmati hidup indah di sana nanti...smoga rumahtangga kita semua di berkati n dilimpahi rahmat dariNYA,ALLAH S.W.T.

Monday, March 21, 2011

nak citer apa?

motif aku buat blog ni???hhmmm...xdak motif..just nak try coz tgk kwn2 ada blog cam best jer...aku mmg minat bab menulis n citer2 ni tp kalo aku tulis comform melalut...nak citer bab hidup yg nyata ni,en.suami kata personal life pulak..yg dah aku postkan pun aku kna lah delete...may be dah ada yg terbaca tp xrmai lah...buat msa ni blog ni aku gunakan utk postkan puisi2 yg pernah ada dlam simpanan aku...ada yg hasil ilham sera luahan hati aku sniri dan ada yg aku copy jer...semua puisi2 ni dah bersama aku dr thun 2000 lg...bleh d katakan semuanya sblum aku kawin dgn en.suami lg...