Thursday, April 11, 2013

UNTUNGNYA MENJADI WANITA

Assalamulaikum..

Memandangkan biras sya baru admid wad ptang td,terfikir untuk post n3 nie..air ketuban sikit dan esok kena msuk ubat..semoga d permudahkan untuk dia melahirkan permata sulung dia n adik ipar AE..AMINN..



Alangkah besarnya janji Allah SWT kepada wanita Muslimah yang berkahwin dan taat pada suami, dan mengandung lalu bersalin melahirkan anak. Kesakitan yang dialami semasa bersalin hanya sebentar. Wanita muslimah harapan bangsa & negara. Berikut ada sekilas tentang wanita.

Sampaikanlah kpd para wanita...Semoga bermanfaat........... ......
~ Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
~ Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.
~ Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada1,000 lelaki yang jahat.
2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
~ Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
~ Wanita yang melayani dengan baik suami yang pulang kerumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad
~ Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesai kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
~ Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
~ Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal dari pada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat dari pada yakut.

~ Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
~ Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah"akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
~ Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.
~ Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di baitullah.
~ Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami,Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.
Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
~ Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
~ Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
~ Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.
~ Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (21/2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
~ Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
~ Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.
~ Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

Hadis nabi mengenai wanita: Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki.Ketika ditanya kepadaRasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

Keistimewaan Perempuan ~ Sekadar renungan buat insan yang bergelar wanita. Ketahuilah betapa istimewanya menjadi wanita. Betapa bertuahnya menjadi wanita. Bersyukurlah karena menjadi wanita.
* Doa wanita lebih makbul daripada lelaki karena sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW. akan hal tersebut, jawab baginda: "Ibu lebih penyayang daripada bapak dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."
* Wanita yang sholehah (baik) itu lebih baik daripada tujuh puluh orang lelaki yang sholeh.
* Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, derajatnya seperti orang yang sentiasa menangis karena takut kepada Allah SWT. dan orang yang takut kepada Allah SWT. akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
* Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyenangkan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail AS.
* Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW.) di dalam syurga.
* Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.
* Dari Aisyah ra. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu berkaitan dengan anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya dari api neraka.
* Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
* Apabila engkau dipanggil ibu bapakmu dalam waktu bersamaan, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
* Wanita yang taat dan khidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
* Wanita yang taat kepada suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama dia taat kepada suaminya dan menjaga sembahyang dan puasanya.
* Aisyah ra. berkata "Aku bertanya kepada Rasulullah SAW., 'Siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?'
Jawab baginda, 'Suaminya.
'Siapa pula berhak terhadap lelaki?'
Jawab Rasulullah SAW. 'Ibunya.'"
* Apabila perempuan sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana saja yang dia kehendaki.
* Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu 10.000 tahun di muka daripada suaminya.
* Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1.000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1.000 kejahatan.
* Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah SWT.
* Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti saat ibunya melahirkannya.
* Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
* Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan menjaga anaknya yang sakit, maka Allah SWT. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.* Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang menutupi auratnya yaitu memakai hijab selama di dunia ini dengan istiqamah.

Allahhuakhbar,begitu mudahnya syurga buat wanita..AE sendiri juga perlu bnyak muhasabah diri dan berusaha ke arah kebaikan..sesungguhnya terlalu bnyak kekurangan diri yg perlu d perbaiki..

PERGILAH DUKA




Allahu Allah.. Beratnya kaki ini untuk terus melangkah. Kiri dan kanan bagaikan menghimpit, menyesakkan nafas di dada. Barat atau selatan bagaikan berliku beronak duri, penuh ranjau yang menyakitkan. Harus ke mana lagi langkah kaki ini diatur?

Allahu Allah.. Sungguh terasa diri ini begitu kerdil, tidak punyai kuasa atau kudrat, lemah lagi hina, tidak berdaya untuk terus mengatur langkah ke hadapan. Segalanya bagaikan tersimpul kusut, mustahil untuk diuraikan. Kanan atau kiri bagaikan tiada beza. Di hadapan menanti jalan mati. Buntu.

Allah ya Allah.. Sesungguhnya hanya Engkau yang mengetahui. Dunia ini cuma persinggahan sementara, dunia ini bagaikan penjara, di dunia ini sudah banyak airmata yang gugur. Allah ya Allah, moga kasih sayang-Mu sentiasa ada buatku. Moga redha dan rahmat-Mu sentiasa memayungi aku.

Allah ya Allah.. Hanya pada-Mu tempat aku bermohon. Aku tidak mungkin setabah Muhammad saw, tapi setidaknya, jangan Kau biar aku mengalah sebelum aku mencuba. Jangan Kau biar aku berundur sebelum melangkah. Jangan Kau biar aku gagal tanpa berusaha. Jangan Kau biar aku tewas sebelum aku berjuang Ya Allah
.

Allah ya Allah.. Jangan Kau jadikan aku hamba-Mu yang tidak bersyukur, yang cuma tahu mengadu domba, merayu dan memohon. Terimalah aduanku ini sebagai bukti kasihku pada-Mu, sebagai tanda aku yakin dan percaya pada-Mu, sebagai pengabdianku sebagai seorang hamba yang menjadi milik Sang Penguasa, sebagai pendorong untuk aku supaya terus tabah, sebagai penguat semangat agar jiwa ini lebih kental, kerana aku yakin, aku tidak sendirian, Kau sentiasa ada bersamaku.

Allah ya Allah.. Mungkin aku tidak sekental Musa yang sering dimusuhi Firaun, atau tidak setabah Ayub yang ditimpa musibah penyakit, tidak setulus Ibrahim yang sanggup korbankan Ismail atau semulia Muhammad yang hidup demi perjuangkan agama-Mu. Tapi aku juga hamba-Mu seperti mereka, makhluk ciptaan-Mu seperti mereka. Maka kasihanilah aku Ya Allah, semoga mereka yang terpilih, mereka Kau cintai menjadi inspirasi buatku agar aku terus tabah menyusun langkah.

Bumi mana tidak ditimpa hujan? Pipi mana tidak pernah dibasahi airmata? Aku tidak menangis sendirian. Tidak masuk syurga seorang itu sebelum diuji Allah, dan sesungguhnya aku percaya, dugaan itu tarbiyah dari Allah.

La tahzan, jangan bersedih wahai hati. Dunia ini tidak mungkin dapat diubah dengan kesedihan. Kesedihan hanya mampu mematahkan sendi-sendi kekuatan, merosakkan jiwa-jiwa yang kental, membinasakan azam dan impian yang menggunung. La tahzan, usirlah segala duka, senyumlah dan teruskan kehidupan. Allah ada bersama kamu. Optimis! ^_^

Indahnya awan biru dihiasi burung-burung yang berterbangan riang. Damainya malam dihiasi bintang-bintang yang bergemerlapan. Siang dan malam bersilih ganti bukti kebesaran-Mu. Maha suci Allah. Aku sujud dan tunduk pada keagungan-Mu.

Wednesday, April 10, 2013

10 CARA MEMBAHAGIAKN IBU BAPA



Setiap anak wajib berbakti dan mentaati ibu bapa utk membahagiakan kehidupan mereka melalui hari tua. Ajaran Islam meletakkan ibu bapa pada kedudukan yang mulia.

Banyak bakti yang boleh dilakukan kepada ibu bapa. Bakti itu dalam bentuk material dan hubungan kasih sayang. Ini bersesuaian dengan fizikal ibu bapa yang semakin uzur dan memerlukan lebih perhatian.


Terdapat sekurang-kurangnya 10 bakti perlu dilakukan setiap anak terhadap ibu bapa.



1.Memberi nafkah. Terdapat ibu bapa yang berdepan dengan masalah kewangan. Mereka tidak dapat lagi melakukan tugas seharian disebabkan faktor usia. Kalaupun berkerja, tetapi tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan keluarga yang semakin meningkat.

Justeru menjadi tanggungjawab anak memberi nafkah atau bantuan kewangan kepada ibu bapa. Sumbangan itu tidak seberapa berbanding yang dibelanjakan ibu bapa untuk membesar dan mendidik anak.

2.Menyediakan tempat tinggal. Dalam kes ibu bapa yang hilang tempat tinggal, atau tidak sesuai untuk didiami, adalah menjadi tanggungjawab anak menyediakan tempat tinggal yang lebih sesuai kepada ibu bapa.

Paling baik jika ibu bapa dibawa tinggal bersama agar dapat menjamin keselamatan dan keperluan harian mereka diuruskan dengan baik.


3.Memberi kasih sayang. Kasih sayang adalah sebagai membalas kasih sayang yang selama ini telah dicurahkan ibu bapa. Kasih sayang ibu dan bapa tidak pernah padam terhadap anaknya. 

Jadi seharusnya kasih sayang itu dibalas dengan sebaik-baiknya.Anak yang baik tidak melupai jasa dan kasih sayang kedua ibu bapa. Anak soleh sentiasa memohon kepada Allah agar ibu bapa mereka diberkati dan dicucuri rahmat.

Firman Allah bermaksud: ?Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka mencurahkan kasih sayang memelihara dan mendidikku ketika kecil.? (Surah al-Isra, ayat 24).


4.Memberi perhatian. Ibu bapa yang diabaikan akan merasai kesunyian. Mereka terasa disisih dan dan seperti tidak diperdulikan. Hal ini memberi tekanan perasaan dan menyebabkan kemurungan. Keadaan ini jika berterusan memberi kesan kepada kesihatan fizikal dan mental ibu bapa.

Penerapan amalan memberi perhatian terhadap ibu bapa perlu disemai, dibajai serta disuburkan dalam kehidupan masyarakat kita. Kes anak yang membuang ibu bapa semakin meningkat. Anak memandang jijik terhadap ibu bapa sendiri.

Banyak ibu bapa yang disisihkan dan dihantar ke rumah rumah penjagaan orang-orang tua. Sukar diterima akal anak mendakwa tidak mampu menjaga ibu bapa. Sedangkan, ibu bapa mampu menjaga dan membesarkan beberapa orang anak.


5.Memenuhi permintaan. Ibu bapa seringkali memerlukan bantuan anak untuk melaksanakan sesuatu keperluan. Permintaan itu mungkin dalam bentuk kewangan, tenaga dan masa.

Memenuhi permintaan ibu bapa perlu diutamakan berbanding melakukan tugas lain. Sesungguhnya, memenuhi permintaan ibu bapa lebih baik berbanding melakukan ibadat sembahyang sunat, berpuasa sunat, dan seumpamanya.

Malah keutamaan berbakti kepada ibu bapa lebih utama berjihad di medan perang. Diriwaytkan daripada Bukhri dan Muslim, Ibnu Umar berkata: Saya telah bertanya kepada Nabi Muhammad: Apakah perbuatan disukai oleh Allah?

Lalu baginda bersabda: Sembahyang pada waktunya. Kemudian apa? tanya saya lagi. Baginda menjawab: Berbakti kepada kedua ibu bapa. Saya bertanya: Apa lagi. Jawab baginda: Berjihad pada jalan Allah.


6.Melakukan apa yang disukai. Ibu bapa sudah tentu mengharapkan anaknya melakukan sesuatu yang baik pada pandangan mereka. Melakukan perkara yang tidak sukai ibu bapa bermakna melakukan perbuatan derhaka.

Anak derhaka kepada ibu bapa tidak mendapat keberkatan dalam kehidupannya. Sesiapa derhaka kepada ibu bapa disegerakan balasan di dunia dan tidak terlepas di akhirat.

Sabda Rasulullah bermaksud: Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia ialah zina dan menderhaka kepada dua ibu bapa.(Hadis riwayat Tirmizi).

Dalam hadis lain diriwayatkan al-Hakam bermaksud: Semua dosa akan ditangguhkan Allah, yakni balasan menurut kehendak-Nya hingga ke hari kiamat, kecuali balasan menderhaka kepada kedua ibu bapa. Maka sesungguhnya Allah menyegerakan balasan kepada pelakunya pada masa hidupnya sebelum mati.


7.Bercakap dengan lemah lembut. Satu cara menjaga perasaan ibu bapa ialah bercakap lemah lembut dengan mereka. Suara hendaklah direndahkan dan jangan membantah permintaan mereka.

Firman Allah bermaksud: Tuhanmu telah memerintahkan, supaya kamu tidak menyembah selain Allah, dan hendaklah berbuat santun terhadap kedua orang tua. Jika salah seorang telah lanjut usianya, atau kedua-duanya telah tua, janganlah sekali-kali engkau berani berkata cis! terhadap mereka dan janganlah engkau suka menggertak mereka. Tetapi berkatalah dengan sopan santun dan lemah lembut. (Surah al-Israk, ayat 23).

Sesungguhnya, anak ditegah membantah kata-kata ibu bapa dengan suara tinggi atau bermaksud merendahkan kedudukan ibu bapa. Lebih baik berdiam diri daripada berkata-kata yang mungkin menyinggung perasaan ibu bapa. Kemudian jika ada kesempatan, gunakan cara yang lembut untuk menjelaskan keadaan sebenar.


8.Menghadiahkan kejayaan. Ibu bapa sentiasa mengharapkan kejayaan anak mereka. Anak hendaklah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan agar dapat dikongsi kegembiraannya bersama-sama dengan ibu bapa.

Jadi, jika memperoleh kejayaan dalam pelajaran, mendapat pekerjaan, dinaikkan pangkat dan seumpamanya, seharusnya dimaklumkan kepada ibu bapa. Ibu bapa dibawa bersama-sama dalam majlis untuk meraikan kejayaan itu.


9.Meluangkan masa bersama-sama. Anak yang tinggal berasingan dengan ibu bapa perlu kerap meluangkan masa mengunjungi ibu bapa. Ibu bapa berasa senang menerima kunjungan dan menatap wajah anaknya.


10.Mendoakan kebaikan untuk ibu bapa. Anak perlu sentiasa mendoakan kebaikan untuk ibu bapanya. Amalan mendoakan kebaikan untuk ibu bapa perlu diteruskan biarpun ibu bapa telah meninggal dunia.

Sabda Rasulullah bermaksud: Apabila meninggal seseorang itu, maka terputuslah segala amalannya, melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah yang berterusan memberi manfaat, ilmu yang memberi kebaikan diajarkan kepada orang lain dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kebaikan kepada kedua ibu bapanya. (Hadis riwayat Muslim).

Kebaikan dilakukan anak terhadap ibu bapa sebenarnya amat kecil Anak tidak mampu untuk membalas jasa ibu bapa sepenuhnya biarpun dia berbakti sepanjang hayatnya.

Gunakan kesempatan yang ada untuk melakukan bakti terhadap ibu bapa sebaik mungkin. Masa untuk anak berbakti kepada ibu bapa sebenarnya semakin suntuk. Lambat laun ibu bapa akan meninggal dunia. Bertindaklah sebelum terlambat, selagi ibu bapa atau salah seorangnya masih hidup.  

Sepemergian mereka hanya doa dari anak-anak yang soleh dan solehah yang mengiringi mereka.


Tuesday, April 9, 2013

DIA YG TERISTIMEWA - MOHD KHAIRUL ZAIM B ABD KARIM -

Assalamualaikum...

Hari ini,apa yg ada dlam hati setelah sekian lama akan aku kongsikan..cerita tentang dia yg tidak pernah tidak ada d hati ini.. kasih dan syang tidak pernah mati utk arwah..adik yg akan aku kenang sehingga aku jua dijemput pergi sptnya..arwah satu-satunya adik lelaki yg aku ada di dunia ini..dia lah yg menjadi teman aku bergembira, teman bersedih,teman bergaduh,teman berkongsi rahsia dan juga teman aku bercerita...tp segalanya kini hanya tinggal sejarah duka yg memberi luka..

21 Ogos 1987,lahirnya dia ke bumi ini ketika umur aku 3 thun..kami membesar bersama2,bermain bersma2 dan segalanya kami kongsi bersama sehingga umur Zaim 7 tahun manakala umur aku 10 thun barulah kami mempunyai adik..7 thun membesar bersama buatkan kami cukup rapat wlaupun ada kalanya kami bertelagah dan bergaduh tp selalunya tidak lama.msing2 akan cuba perbaiki keadaan. Oleh kerana dia satu-satunya anak lelaki dlam keluarga,tak d nafikan kasih mama spt banyak tertumpah buat dia.Selalu jugak kami bergaduh kerana hal yg satu ini. Ah, andai aku tahu masa Zaim tak lama di dunia ini pasti aku tdak akan pernah kisah jika mama memang betul2 lebihkan Zaim. Tapi aku hanya manusia biasa,tdak pernah jauh dari berbuat salah dan tidak langsung tahu dengan ketentuan ALLAH.
Sesungguhnya byk benar tanda2 Zaim beri sebelum dia pergi,hanya aku yg tidak pernah faham dan sedar.Sedarnya aku setelah dia tiada lg bersama kami..

Aku masih ingat minggu2 terakhir dia bersama kami,kerap benar dia mengatakan 'itu adalah yg terakhir'.Andai aku tahu, akan aku turut semua kemahuanmu adik..

''k.in,bg la aku teman hg p kedai..ni last aku nak teman hg nie'' - dan aku tak benarkan dia teman..

''k.in,ambik balik la bedak hg ni..aku bukan nak guna dah..ni last aku guna'' - bersungguh dia bg balik..

''k.in,aku nak mkan bihun goreng la,ni last aku bleh makan pun'' - alhamdulillah dia dpat mkan..

''k.in,td aku nk mkan buah anggur ngan burger..tp org rmai kat kdai tu,dah pkul 12 lgpun esok nak sek..abah beli anggur ja..hhmm,aku dpat mkan anggur ja la burger x dpat la.. - dia x sempat mkan burger.

"k.in,dpat la jgak aku buat tanggungjwab aku sbg seorg abg kat syiqin..aku dpat teman dia msa mula2 dia nak msuk tuisyen..jd la sekali pun,lpas ni aku x dpat buat dah''..

''k.in,mama marah hg bukan sebab mama x syang hg la..mama bukan syang aku lebih pun,sma ja dia syang kita la..ingat tau,mama marah sebab syang'' - pesanan akhir dia utk aku..

Begitu banyak tanda tp aku langsung tidak dpat rasa..hati aku dah hati dia belum cukup dekat barangkali..Sejak dr aku darjah 3 aku selalu diganggu satu mimpi.. setiap tahun pasti mimpi 3 atau 4 kali..kiranya 3 atau 4 bulan sekali pasti mimpi..
~ aku naik basikal dgn Zaim..kayuh kat atas jalan yg berbukit..kat bahagian atas sekali jalan sebelum turun jalan bukit tu,ada rumah besar belah kiri..tiba2 ada kucing melintas,kami mengelak dan ada kereta dtang dr arah depan..aku terus menjerit lepas tu pasti aku akan terjaga dr tidur ~
Aku selalu terfkir2 kenapa mimpi mcam tu tp selalunya aku akn lupa mcam tu ja..x pernah aku ceritakan kat sesiapa pun mimpi tu..beberapa hari sebelum Zaim tinggalkan semua kat dunia ni,aku mimpi lagi dan itulah kali terakhir mimpi tu dtang mengganggu tidur aku..selepas Zaim meninggal sekali pun aku tak pernah mimpi mcam tu lg smpai sekarang..

Malam 24 April 2001..abah x izinkan Zaim naik basikal ke sekolah.Abah kata x payah nak penat2,k.in dah habis game netball.Dia mengangguk ja tp lain pulak jadinya pg esok.Dia pujuk mama mnta nak naik basikal jugak ke sekolah.Mama pun izinkan bila Zaim kata ''boleh la mama,kali ni ja adik nak naik basikal p sekolah..lepas ni dak dah''..dr darjah 5 smpai msuk form 2 dia x pernah pun mnta naik basikal ke sekolah sebab jarak yg jauh dr rumah ke sekolah iaitu lebih kurang 10 km..cuma hari sebelum tu ja Zaim naik basikal itupun sebab dia malas nk tunggu aku smpai petang sebab aku ada game netball kat sekolah..

Pagi 25 April 2001
~ ''adik,x pyah la p naik basikal..kita p 2 la naik motor''..dia kata ''ok,aku tunggu hg la k.in''..dia dtang mnta nak p sendiri pulak..aku kata x pyah..dia kata ok lagi..dtang mnta nak pergi dulu pulak,aku ckap tnggu kjap dah nak siap pkai tdung..tp bila dia berkeras aku p benarkan dia pergi..dia datang semula, panggil nama aku nak dia senyum pd aku..dan itulah adalah senyuman terakhir dia utk aku rupanya ~

Aku nampk kemalangan tu..aku nampak org dah tutup dia dengan surat khabar tp aku tak tau tu dia..smpai sekolah,kwan2 bercakap tntang kemalangan tu..bila aku tgk basikal dia x da kat sek,aku call mama dan cerita kat mama..mama ckap ''kalau tu adik mcam mana?''..masa tu aku cuma mampu berdoa bukan Zaim..kwan2 dah crita mcam2..bila aku tnya sorang adik yg ada dlam bas yg langgar Zaim,dia sahkan mmang adik aku sebab dia ada trun ubah songkok..terima kasih utk Sue yg sudi trun tgk masa tu..Air mata dah x dpat aku tahan masa tu..bila aku kol mama,aku hanya dengar raungan mama..terjelupuk aku jatuh ke lantai..dgn bntuan kwan2 aku smpai ke tmpat kejadian..Zaim dah tak dak..ambulans dah bwa dia ke hospital,apa yg berkecai tgh jalan pun abah dah kutip,darah dah dicurah air..


Maha Suci Allah,Dia beri nyawa utk kita rsa hdup dia dunia ini dan Dia juga cabut nyawa kita bila smpai masanya..nak melangkah dan berdiri pun dah tak berdaya msa tu..aku gagahkn juga utk tgk keadaan Zaim..kwan2 mama semua x bg tgk,diaorg tkut aku x mampu..Ya Allah,memang aku x mampu..baru tolak pintu aku dah terduduk..tp aku kuatkan hati juga msuk msa tu..Allahhuakhbar,tiada yg tinggal dr ats kening hingga ke kepala..


Jenazah dimandikan dan dikapankan di hospital kerana pihak hospital bimbang org kampung tdak dpat menguruskan jenazah dengan baik kerana kecederaan yg teruk di kepala..Alhamdulillah,semua urusan untuk Zaim d permudahkan msa tu..rmai sgt kwan2,guru n saudara mara dtang ziarah arwah dan solat jenazah di lakukan 3 kali kerana rmai yg dtang..Arwah d bawa ke tanah perkuburan dengan van polis.sma spt dlam mimpi mama cuma yg membezakannya dlam mimpi mama Zaim d bwa pergi dalam keadaan hidup.keadaan rumah dgn org rmai,siapa yg ada,dia d bwa dgn van polis smua sma dgn mimpi mama.Mama juga spt aku,mendpat tanda tetapi kami tdak sedar..


Terasa separuh dr diri kami semua d kuburkan bersma Zaim.Mama yg pling sedih aku rsakan,anak yg dia kandungkan dan lahirkan dgn susah pyah pergi dulu mengadap Yang Maha Esa.Aku pula telah hilang segala semangat yg ada..mengimbas kembali msa itu,2 bulan aku tidak ke sekolah..begitu lama msa yg kami ambil utk bangun perlahan2 dan lakukan aktiviti harian spt biasa.Trima ksih sgt2 kpd kwan2 dan guru2 yg terlalu bnyak bantu dan beri semangat sehingga aku mampu hadapi spm,terutamanya buat seorg abg angkat yg tdak jemu2 bg nasihat utk aku kembali spt biasa..walaupun sukar,kami teruskan kehidupan tanpa dia d sisi..menerima takdir Allah dgn redha dan merelakan pemergian dia buat kami kembali ke alam nyata..Siapa kita yg hanya insan biasa menidakkan takdir dari Dia..

25 April 2001,jam 7.10 pg..perginya dia buat selama-lamanya,satu-satunya adik lelaki yg aku ada..Allah telah menetapkan itu yg terbaik buat kami..segala kenangan suka duka,senyum tawa dia akn kami kenang smpai akhir nyawa..kasih syang dan rindu kami akan kekal sentiasa buat dia..


AL-FATIHAH BUAT ARWAH ADIK TERSAYANG....

Monday, April 8, 2013

99 PETUA MENAWAN HATI SUAMI


ASSALAMULAIKUM



Nak kongsikan petua2 menawan hati suami.Petua2 ini adalah daripada pakar motivasi iaitu Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah..beliau menggariskan 99 petua menawan hati suami yg boleh dipraktikkan isteri dan bakal isteri...


1)       Berdoa agar disayangi.

2)      Tegur dan sentuh suami sebelum sambung perkara lain bila dia balik ke rumah.

3)      Tunjukkan keprihatinan dgn bertanya secara khusus mengenai kegiatan   sepanjang hari (jika suami dlm mood yg sesuai).

4)Berlatih mendengar dgn baik dan bertanya dgn tepat.

5)Jgn tergesa-gesa menyelesaikan masalah suami. Apa yg lebih penting adalah simpati.

6)Beri suami masa berkualiti sekurang-kuranya 30 minit.

7)Tanya ibu mentua,abang atau kakak ipar mengenai hadiah disukai suami dan belikan hadiah tersebut sebagai cenderahati atau semasa memujuk.

8)Masak makanan kegemaran suami.

9)Beri pujian mengenai penampilan suami seperti rambut,wajah,pakaian dan sebagainya.

10)Pujuk suami bila dia marah atau berkecil hati.

11)Minta bantuan sesuai pada masa,tempat dan jenis kerjenya.

12)Elakkan suami daripada menunggu terlalu lama bila bersiap.

13)Bila suami memberitahu yg dia akan pulang lewat,ucapkan terimakasih kerana memberitahu.

14)Bila suami meminta bantuan,buatlah dgn serta-merta dgn ikhlas dan gembira tanpa banyak mengungkit atau komen.

15)Ucapkan kata-kata sayang yg romantik dua kali sehari.

16)Jika marah, tunggu hingga sejuk.Bila sudah sejuk,beritahu suami apa yg menganggu fikiran secara sopan.Jgn salahkan suami.

17)Bila suami bercakap,beri perhatian sepenuhnya. Jika boleh hentikan apa sahaja tugas yg sedang dilakukan.

18)Bila memesan barang kpd suami yg kekedai,senaraikan diatas kertas. Jgn biarkan suami ke kedai dua tiga kali.

19)Tanya suami bila dia ingin berehat atau tidur.

20)Peluk suami dgn penuh kasih sayang sebanyak tujuh kali sehari.

21)Telefon suami ditempat kerja hanya bila penting.Telefon dgn kerap jika suami suka.

22)Jika suami perlu menjauhkan diri sekali-sekala,tanya bila dia pulang.

23)Jgn ganggu suami semasa asyik melakukan sesuatu.

24)Bila suami marah,jgn menjawab. Tunduk dan diam walaupun kita tidak salah. Terangkan keadaan sebenar setelah dia tenang.

25)Bila meminta batuan suami: Terangkan kpd suami mengenai kerje rumah yg memerlukan bantuannya. Beri pilihan kerje yg disukainya. Jgn suka mengarah. Gunakan perkataan yg sesuai dan lemah- lembut.

26)Pesan suami menelefon rumah jika bertugas luar. Jgn pula melenting jika dia tidak berbuat demikian. Beritahu dia yg anda cuma risau.

27)Sentiasa kemas,anggun dan wangi sebelum tidur bersama.

28)Sokong pendapat suami walaupun pendapatnya berbeza dgn org lain.

29)Bila keluar berkereta: Jgn ganggu suami yg sedang memandu. Jgn menunjuk-nunjuk jalan selagi tidak dipinta suami. Jgn berleter bila suami tersalah jalan. Bersangka baik apabila tersesat jalan.

30)Peluk dan belai suami sekali-sekala tanpa impian seksual.

31)Sabar dan tenang bila mendengar cerita atau masalah suami.

32)Jgn menukar-nukar saluran televisyen bila menonton bersama suami.

33)Jaga maruah suami terutama di khalayak ramai dan ikut kehendaknya. Segala bantahan dilakukan semasa berdua-duaan.

34)Bila berpegang tangan,peganglah bagaimana disukainya.

35)Buatkan minuman suami tanpa diminta atau bertanya.

36)Beri suami peluang memilih tempat makan bila makan diluar.

37)Cepat bersiap dan jgn tiba-tiba ingin menukar baju yg dipakai.

38)Tanya suami bagaimana kita perlu berkelakuan dikhalayak ramai apabila disisinya.

39)Lebihkan suami daripada anak-anak.

40)Belikan suami hadiah-hadiah yg berguna seperti tali pinggang,kasut,cermin mata hitam, dan sebagainya.

41)Tolong suami mencuci kereta,potong rambut dan sebagainya.

42)Beri layanan istimewa pd suami dihari-hari istimewa.

43)Pergi dating atau berbulan madu.

44)Jika suami melakukan kesilapan,jgn tempelak atau pulangkan paku buah keras.

45)Hantar kad ucap selamat pd hari-hari istimewa.

46)Selalu urut suami.

47)Tunjukkan keprihatinan terhadap perasaan suami.

48)Suami akan lebih bersemangat dan bertanggungjawab bila dia terasa diperlukan isteri.Isteri perlu mempamerkan bahawa dia benar-benar memerlukan suaminya.

49)Layan suami seperti semasa berkawan dulu.

50)Beri peluang suami memperbaiki barang rosak di rumah walaupun kita tahu dia tidak mahir.

51)Menghias tempat tidur macam tempat tidur pengantin.

52)Ceritakan mengenai kerenah lucu anak-anak kepadanya.

53)Bacakan berita yg menarik perhatian suami atau buat keratan berita kesukaannya daripada suratkhabar atau majalah.

54)Tolong temankan suami bila dia melakukan kerja bersendirian waktu malam.

55)Letakkan barang-barang keperluan suami ditempat biasa.

56)Tolong bawakan barang-barang walaupun suami mampu membawanya semua.

57)Cuba masak masakan paling sedap utk suami setiap masa. Jgn paksa suami komen jika dia hanya berdiam diri.

58)Bila berbual,bercakap atau berbincang: Gunakan hubungan mata. Gunakan gerak rasa hati. Pegang erat tangannya.
Duduk rapat-rapat. Baring bersama dan bernafas serentak. Ajak atau biar suami berbaring atas paha jika dia mahu.

59)Jgn dera suami fizikal dan batin.

60)Tunjukkan minat mengenai perkara yg dilakukan suami,org yg ditemui dan sebagainya.

61)Beri tindak balas positif jika suami bercerita.

62)Jika suami kurang sihat, beri perhatian sewajarnya.

63)Masuk tidur serentak dgn suami.Jika kita ingin tidur dulu,minta kebenaran suami.

64)Salam,peluk,cium dan belai suami sebelum pergi kerja.

65)Ketawa bila suami belawak atau bercerita kisah lucu.

66)Ucapkan terima kasih atas setiap khidmat suami.

67)Cari masa utk berdua-duaan.

68)Lakukan riadah bersama suami.

69)Pergi berkelah sekali-sekala.

70)Doakan suami agar bahagia dunia akhirat (dlm pengetahuannya atau tidak).

71)Ajak suami berjalan-jalan tanpa anak-anak.

72)Berikan apa yg dihajati suami.

73)Nyatakan anda merinduinya bila berjauhan.

74)BUat kuih kegemaran suami sekali-sekala.

75)Lakukan ibadah bersama.

76)Jgn menghukum suami jika dia mengecewakan isteri tanpa sengaja.

77)Maafkan suami jika dia terlupa melakukan sesuatu utk isteri.

78)Segera minta maaf jika kita melukakan hati suami.

79)Cuba fahami suami jika dia membangkang atau enggan membantu isteri.

80)Bila suami meminta maaf,terima dgn kasih sayang.Jgn jual mahal.Ingat kebanyakkan suami sukar meminta maaf daripada isteri.

81)Tunjukkan keseronokan bila berjimak dgn suami.

82)Tunjukkan simpati dan tolong suami mencari barang yg dia lupa dimana letaknya.

83)Nyatakan dgn lemah lembut kpd suami jika kita tidak menyukai pilihan baju,tempat makan,lauk pauk,tempat bercuti dan sebagainya.

84)Berkongsi perasaan negatif dgn suami secara terbuka tanpa menyalahkannya.

85)Jgn menyuruh suami melakukan sesuatu yg sememangnya ingin dilakukannya.Ini akan menyebabkan suami tawar hati.

86)Elakkan memberi penjelasan mengenai sesuatu terlalu panjang.Suami sering melenting bila isteri bersyarah panjang. Penjelasan panjang lebar menunjukkan seolah-olah isteri tidak mempercayai suami.

87)Elakkan daripada membuat suami berasa tidak mampu,tidak layak atau tidak berkebolehan.

88)Kebanyakkan suami rasa seronok dan selesa sekadar duduk bersama isteri.Justeru itu jgn berkecil hati jika suami kurang melayani anda bercakap.Kebanyakkan suami memang kurang bercakap dgn isteri.

89)Jgn cabar suami.

90)Bila berselisih faham,berkrisis atau bertengkar dgn suami, fokus pd masalah semasa dan jgn ungkit perkara lalu.

91)Jgn suka mengenang rekod lama suami dan melabelnya berdasarkan rekod tersebut.

92)Jgn ingkar mengenai apa yg telah dipersetujui.Suami akan berkecil hati bila isteri menyatakan persetujuan tetapi tidak bertindak mengikut apa yg dipersetujui.

93)Banyak suami berasa janggal can malu menyatakan sayang pd isteri.Oleh itu isteri perlu 'membaca' perlakuan suami yg menunjukkan kasih sayangnya kpd isteri.Jangan paksa suami menyatakan perasaan sayang,rindu atau cinta kpd isteri.Hanya 'suami bermasalah' sahaja tidak sayangkan isteri.

94)Isteri mempunyai kelebihan dlm memahami suami.Fahami hakikat kebanyakkan suami menghadapi kesukaran memahami isteri.

95)Cemburu tanda sayang.Namun jgn terlalu cemburu terhadap suami kerana dia akan merasa rimas dan serba salah.

96)Utk merangsang suami mempamerkan kasih sayang, puji setiap kali dia menunjukkan kasih sayangnya.

97)Elakkan memberi nasihat jika tidak diminta.Isteri meminta nasihat utk bermanja tetapi bila suami meminta nasihat dia beranggapan itu satu kelemahan.

98)Apabila suami berkata atau berbuat sesuatu yg menyakiti hati,adalah lebih baik mencari kepastian daripada membuat kesimpulan sendiri yg mungkin salah.

99)Doa dan tawakal kpd ALLAH semoga hidup kita suami bahagia dunia akhirat.

Marilah kita sma2 cuba praktikkan setakat yg termampu..semoga para2 isteri dan bakal isteri di luar sana sentiasa dapat menambat hati suami tersayang...Insya Allah..

BEZDAY PALING HAPPENING 2012

Isnin yg cerah...smoga hdup kita sentiasa d berkati..antara bnyak2 birthday celebration thun lepas,ada 3 celebration yg btul2 best... first adalah time my birthday,mmg suprise sgt2 n 2 lg birthday boy n birthday girl kena kaw2 punya..yg lain smua smbut ala2 kadar jer..utk mama n abah just mkn2 biasa..ikin n laila smbut kat pizza.. amin smbut kat umah abah,ain kat umah mama n tsya buat skali ngan kenduri ikin nk msuk matrik..utk mak n ayah mertua,bwa diaorg g Cameroon Highlang,tu pun dh terlewat..



Time besday ada kat Melaka,bru abis kursus.Smapai kat umah dah pkul 2 pg.Hairan sgt anak2 n en.suami tunggu kat bwah.Naik ja atas umah gelap,skali tolak pintu punya la terkejut.Dah ramai dlam umah nyanyi lagu besday for me.Sungguh terkejut n thanks utk en.suami coz rancang birthday party nie.walaupun kcik ja tp ckup bermakna buat AE.

                               
Terima kasih juga untuk adik2 yg sanggup tunggu akk smpai tgh malam.Walaupun baru 2 bulan ja kenal diaorg time ni suma sporting2 belaka.Thanks to Din,Wan,Azim,Muiz,Eila n anak2nya..juga x lupa buat anak2 mak,love all.



Tenguk tu,smpai mcam tu en.suami bdak2 tu kerjakan..AE just nak buat mkan2 ja,tp Din ngan Lah siap  rancang mcam ni..tepung n telur melekat penuh kat kepala n baju en.suami..lari pun tetap kena jugak.



Birthday girl cuma kena tpung jer,itupun dah bersih dah pun.en.suami n eila kongsi tarikh bezday yg sma,thun jer lain2..kek secret resepi lg..sponsor by Azim..




Nie semua yg ada malam tu..mmg happening giler ngan diaorg nie..thanks to all..laps mkn2 ni,yg lelaki semua pkat p karok pulak..



Haaa,nie pulak time birthday wan..yg mana lain dr yg lain tu la birthday boy.walaupun celebrate belated birthday,wan tetap kena jgak ngan kwan2 dia..tgk tu,bkan main suka Azim..hehehe,nnti Wan balas baru korang tau..



Alahai,ksiannya dia..teruk Wan kena,lg teruk dr en.suami kena ri2.Punya la laju Wan lari kat Taman Sena tu,diaorg pun sma laju jugak kejar.Tambahan lg Din,dia pling semangat bab kenakan org.Lah pun sma juga xcitednya..



So sweet..suapan penuh kasih syang dr Lah utk best friend yg sudah di kenakannya..hahaha,Wan sure x puas hati n nak blas blik pnya..x pa Wan,birthday diaorg kita plan baik pnya.



Special post dr birthday boy,peace yooo...

Sapa yg belum kena tu tnggu la,thun ni mesti kena.x pyah nak cuba2 mengelak,planner nie ada..cmform korang kena punya..apa2 pun,kenangan nie akn tersimpan selamanya.best dpat kwan2 n adik2 yg sporting n suka happening2 mcam nie..terbaikk la korang....LOVE ALL..

Sunday, April 7, 2013

ITU ADALAH LELAKI


Assalamualaikum..




1. Jika lelaki menyendiri dan menjauhkan diri, ketahuilah dia dalam keadaan tertekan. Boleh jadi ada tekanan di tempat kerjanya, boleh jadi oleh kereta yang dimilikinya, atau boleh jadi beberapa kerenah anda yang menjadi penyebabnya.

2. Apabila lelaki menyendiri, kita boleh simpulkan dia sedang tertekan, berbeza dengan wanita, dalam keadaan tertekanlah wanita akan bercerita.

3. Meskipun begitu, usahlah risau, ia sekejap saja. Emosi pada orang lelaki umpama getah, sekejap saja telah kemba
li ke bentuk asal walaupun tadinya terhenyak pipih. Berbeza dengan anda bukan? Tatkala anda tertekan, emosi anda umpama ombak.
Ombak memang tidak pernah reda, kalau reda pun mengambil masa yang lama.

4. Apabila lelaki suka menyendiri dan berdiam diri, biasanya disebabkan imejnya yang tergugat. Biarkan sahaja untuk tempoh-tempoh tertentu. Usah ‘gatal-gatal’ sangat memujuk. Kadang-kadang lelaki hanya perlukan ‘tempoh bertenang’ sebelum mengambil langkah seterusnya. Anda kelam-kabut, maka itu anda mudah marah, cemburu dan merajuk apabila berdepan dalam situasi begini. Ohhh, itu silap.

5. Lelaki selalunya dapat menyesuaikan diri apabila menghadapi kesukaran, berbeza wanita biasanya cukup risau dalam keadaan demikian. Dan usah risau sangat kalau lelaki anda cuba berjauhan dari anda dalam keadaan-keadaan demikian sebab semula jadinya lelaki terasa selesa berjauhan dengan keluarga. Ini tentu berbeza sekali dengan anda, yang suka dan berasa tenang bersama keluarga?

7. Lihat perbezaan sebagai sebab untuk sempurna menyempurnakan bukan jurang kedegilan untuk tidak mahu memahami.

8. Lelaki itu cara fikirnya makro, iaitu dia melihat secara keseluruhan, sedangkan anda para wanita mempunyai penilaian bersifat mikro iaitu melihat sesuatu secara terperinci. Maka itu, usah hairan, terkadang suami selamba dengan masalah yang anda rasakan cukup berat. Anda telah kering air mata sedangkan dia masih belum menitis walau sebutir pun air mata.

9. Jika berlaku pertengkaran selalunya dia akan melawan habis-habisan dan anda pula mengalah dan pura-pura setuju demi perhubungan. Usah terasa teruk sangat dengan keadaan ini, lelaki memang begitu, sentiasa mahu menang dan mahu sentiasa dilihat menang walaupun hatinya mengakui kesilapannya dan mahu berubah mengikut apa yang anda perkatakan.

10. Walaupun anda tahu anda benar dan anda tidak pernah berbuat salah, akhirilah semua pertengkaran dan perselisihan dengan anda yang meminta maaf. Anda mahukan dia yang meminta maaf? Usah harap. Lelaki memang berat untuk meminta maaf terutama daripada pasangannya. Ikut kajian, wanita lebih mudah meminta maaf dalam keadaan apa jua dan atas hal apa jua, maka gunakan kelebihan ini untuk lebih mudah meminta maaf walaupun tidak bersalah.

11. Satu lagi yang anda patut tahu tentang lelaki ialah mereka memang suka memberi arahan bagaikan ketua yang mempunyai kuasa. Usah dilawan, tapi layanlah hati sendiri dengan berleter hingga anda sendiri berasa puas. Tapi awas, jangan sampai berleter di hadapannya, itu boleh memburukkan keadaan.

12. Kata orang, wanita sinonim dengan leteran. Kalau tak pandai berleter bukan wanita namanya. Ya, teruskan saja berleter, hamburkan semua yang menekan kepala. Cuma mohon berleter di dalam bilik yang tertutup, sebab kucing pun pening dengan leteran anda.

13. Lelaki memang rimas dengan leteran dan cepat naik darah apabila asyik dileteri. Lihatlah betapa berbezanya seorang wanita dengan seorang lelaki. Tidakkah anda setuju jika dikatakan, adalah amat beruntung jika anda tahu lebih banyak tentang lelaki?

14. Mengapa lelaki begitu? Itulah bukti kekuasaan ALLAH. DIA menjadikan perbezaan yang ketara antara lelaki dengan wanita, agar apabila disatukan, terjalinlah satu bentuk kekuatan lantaran saling sempurna menyempurnakan , lengkap melengkapi. Semua kekurangan isteri akan dipenuhi oleh suami dan semua kekurangan suami akan dipenuh

wanita memang sudah ditakdirkan untuk berada di belakang lelaki..apa sekalipun wanita memang kena redha dan tunduk dengan kemahuan suami selagi ianya tidak bertentangan dengan agama Islam.usah buang masa membangkang dan memenangkan diri kerana semuanya sia2 saja.lebih baik belajar mcam mana nak mengikut kata dan menurut kemahuan suami..

WALLAHHUALAM...