Tuesday, April 9, 2013

DIA YG TERISTIMEWA - MOHD KHAIRUL ZAIM B ABD KARIM -

Assalamualaikum...

Hari ini,apa yg ada dlam hati setelah sekian lama akan aku kongsikan..cerita tentang dia yg tidak pernah tidak ada d hati ini.. kasih dan syang tidak pernah mati utk arwah..adik yg akan aku kenang sehingga aku jua dijemput pergi sptnya..arwah satu-satunya adik lelaki yg aku ada di dunia ini..dia lah yg menjadi teman aku bergembira, teman bersedih,teman bergaduh,teman berkongsi rahsia dan juga teman aku bercerita...tp segalanya kini hanya tinggal sejarah duka yg memberi luka..

21 Ogos 1987,lahirnya dia ke bumi ini ketika umur aku 3 thun..kami membesar bersama2,bermain bersma2 dan segalanya kami kongsi bersama sehingga umur Zaim 7 tahun manakala umur aku 10 thun barulah kami mempunyai adik..7 thun membesar bersama buatkan kami cukup rapat wlaupun ada kalanya kami bertelagah dan bergaduh tp selalunya tidak lama.msing2 akan cuba perbaiki keadaan. Oleh kerana dia satu-satunya anak lelaki dlam keluarga,tak d nafikan kasih mama spt banyak tertumpah buat dia.Selalu jugak kami bergaduh kerana hal yg satu ini. Ah, andai aku tahu masa Zaim tak lama di dunia ini pasti aku tdak akan pernah kisah jika mama memang betul2 lebihkan Zaim. Tapi aku hanya manusia biasa,tdak pernah jauh dari berbuat salah dan tidak langsung tahu dengan ketentuan ALLAH.
Sesungguhnya byk benar tanda2 Zaim beri sebelum dia pergi,hanya aku yg tidak pernah faham dan sedar.Sedarnya aku setelah dia tiada lg bersama kami..

Aku masih ingat minggu2 terakhir dia bersama kami,kerap benar dia mengatakan 'itu adalah yg terakhir'.Andai aku tahu, akan aku turut semua kemahuanmu adik..

''k.in,bg la aku teman hg p kedai..ni last aku nak teman hg nie'' - dan aku tak benarkan dia teman..

''k.in,ambik balik la bedak hg ni..aku bukan nak guna dah..ni last aku guna'' - bersungguh dia bg balik..

''k.in,aku nak mkan bihun goreng la,ni last aku bleh makan pun'' - alhamdulillah dia dpat mkan..

''k.in,td aku nk mkan buah anggur ngan burger..tp org rmai kat kdai tu,dah pkul 12 lgpun esok nak sek..abah beli anggur ja..hhmm,aku dpat mkan anggur ja la burger x dpat la.. - dia x sempat mkan burger.

"k.in,dpat la jgak aku buat tanggungjwab aku sbg seorg abg kat syiqin..aku dpat teman dia msa mula2 dia nak msuk tuisyen..jd la sekali pun,lpas ni aku x dpat buat dah''..

''k.in,mama marah hg bukan sebab mama x syang hg la..mama bukan syang aku lebih pun,sma ja dia syang kita la..ingat tau,mama marah sebab syang'' - pesanan akhir dia utk aku..

Begitu banyak tanda tp aku langsung tidak dpat rasa..hati aku dah hati dia belum cukup dekat barangkali..Sejak dr aku darjah 3 aku selalu diganggu satu mimpi.. setiap tahun pasti mimpi 3 atau 4 kali..kiranya 3 atau 4 bulan sekali pasti mimpi..
~ aku naik basikal dgn Zaim..kayuh kat atas jalan yg berbukit..kat bahagian atas sekali jalan sebelum turun jalan bukit tu,ada rumah besar belah kiri..tiba2 ada kucing melintas,kami mengelak dan ada kereta dtang dr arah depan..aku terus menjerit lepas tu pasti aku akan terjaga dr tidur ~
Aku selalu terfkir2 kenapa mimpi mcam tu tp selalunya aku akn lupa mcam tu ja..x pernah aku ceritakan kat sesiapa pun mimpi tu..beberapa hari sebelum Zaim tinggalkan semua kat dunia ni,aku mimpi lagi dan itulah kali terakhir mimpi tu dtang mengganggu tidur aku..selepas Zaim meninggal sekali pun aku tak pernah mimpi mcam tu lg smpai sekarang..

Malam 24 April 2001..abah x izinkan Zaim naik basikal ke sekolah.Abah kata x payah nak penat2,k.in dah habis game netball.Dia mengangguk ja tp lain pulak jadinya pg esok.Dia pujuk mama mnta nak naik basikal jugak ke sekolah.Mama pun izinkan bila Zaim kata ''boleh la mama,kali ni ja adik nak naik basikal p sekolah..lepas ni dak dah''..dr darjah 5 smpai msuk form 2 dia x pernah pun mnta naik basikal ke sekolah sebab jarak yg jauh dr rumah ke sekolah iaitu lebih kurang 10 km..cuma hari sebelum tu ja Zaim naik basikal itupun sebab dia malas nk tunggu aku smpai petang sebab aku ada game netball kat sekolah..

Pagi 25 April 2001
~ ''adik,x pyah la p naik basikal..kita p 2 la naik motor''..dia kata ''ok,aku tunggu hg la k.in''..dia dtang mnta nak p sendiri pulak..aku kata x pyah..dia kata ok lagi..dtang mnta nak pergi dulu pulak,aku ckap tnggu kjap dah nak siap pkai tdung..tp bila dia berkeras aku p benarkan dia pergi..dia datang semula, panggil nama aku nak dia senyum pd aku..dan itulah adalah senyuman terakhir dia utk aku rupanya ~

Aku nampk kemalangan tu..aku nampak org dah tutup dia dengan surat khabar tp aku tak tau tu dia..smpai sekolah,kwan2 bercakap tntang kemalangan tu..bila aku tgk basikal dia x da kat sek,aku call mama dan cerita kat mama..mama ckap ''kalau tu adik mcam mana?''..masa tu aku cuma mampu berdoa bukan Zaim..kwan2 dah crita mcam2..bila aku tnya sorang adik yg ada dlam bas yg langgar Zaim,dia sahkan mmang adik aku sebab dia ada trun ubah songkok..terima kasih utk Sue yg sudi trun tgk masa tu..Air mata dah x dpat aku tahan masa tu..bila aku kol mama,aku hanya dengar raungan mama..terjelupuk aku jatuh ke lantai..dgn bntuan kwan2 aku smpai ke tmpat kejadian..Zaim dah tak dak..ambulans dah bwa dia ke hospital,apa yg berkecai tgh jalan pun abah dah kutip,darah dah dicurah air..


Maha Suci Allah,Dia beri nyawa utk kita rsa hdup dia dunia ini dan Dia juga cabut nyawa kita bila smpai masanya..nak melangkah dan berdiri pun dah tak berdaya msa tu..aku gagahkn juga utk tgk keadaan Zaim..kwan2 mama semua x bg tgk,diaorg tkut aku x mampu..Ya Allah,memang aku x mampu..baru tolak pintu aku dah terduduk..tp aku kuatkan hati juga msuk msa tu..Allahhuakhbar,tiada yg tinggal dr ats kening hingga ke kepala..


Jenazah dimandikan dan dikapankan di hospital kerana pihak hospital bimbang org kampung tdak dpat menguruskan jenazah dengan baik kerana kecederaan yg teruk di kepala..Alhamdulillah,semua urusan untuk Zaim d permudahkan msa tu..rmai sgt kwan2,guru n saudara mara dtang ziarah arwah dan solat jenazah di lakukan 3 kali kerana rmai yg dtang..Arwah d bawa ke tanah perkuburan dengan van polis.sma spt dlam mimpi mama cuma yg membezakannya dlam mimpi mama Zaim d bwa pergi dalam keadaan hidup.keadaan rumah dgn org rmai,siapa yg ada,dia d bwa dgn van polis smua sma dgn mimpi mama.Mama juga spt aku,mendpat tanda tetapi kami tdak sedar..


Terasa separuh dr diri kami semua d kuburkan bersma Zaim.Mama yg pling sedih aku rsakan,anak yg dia kandungkan dan lahirkan dgn susah pyah pergi dulu mengadap Yang Maha Esa.Aku pula telah hilang segala semangat yg ada..mengimbas kembali msa itu,2 bulan aku tidak ke sekolah..begitu lama msa yg kami ambil utk bangun perlahan2 dan lakukan aktiviti harian spt biasa.Trima ksih sgt2 kpd kwan2 dan guru2 yg terlalu bnyak bantu dan beri semangat sehingga aku mampu hadapi spm,terutamanya buat seorg abg angkat yg tdak jemu2 bg nasihat utk aku kembali spt biasa..walaupun sukar,kami teruskan kehidupan tanpa dia d sisi..menerima takdir Allah dgn redha dan merelakan pemergian dia buat kami kembali ke alam nyata..Siapa kita yg hanya insan biasa menidakkan takdir dari Dia..

25 April 2001,jam 7.10 pg..perginya dia buat selama-lamanya,satu-satunya adik lelaki yg aku ada..Allah telah menetapkan itu yg terbaik buat kami..segala kenangan suka duka,senyum tawa dia akn kami kenang smpai akhir nyawa..kasih syang dan rindu kami akan kekal sentiasa buat dia..


AL-FATIHAH BUAT ARWAH ADIK TERSAYANG....

2 comments:

nuraliasaqinaMY said...

Sedihnya bila baca.. insya Allah arwah ditempatkan dlm kalangan org2 yg beriman. Bila baca entry ni sy nampak arwah ni anak yg baik, adik yg brtimbang rasa, sy pun rasa kehilangan. Tapi Allah lebih sayangkan dia kan, kita doakan kebahagian arwah kat sana.. :')

Areen Ezre!n said...

trima ksih sudi baca ye nuraliasaqinaMY..terasa sgt2 kehilangan dia tp kena redha la..lama dah tp silit pun tak pernah lupa kan dia..