Monday, December 31, 2012

ANDAI LELAKI TAHU




andai lelaki tahu..

apabila seseorang perempuan itu jatuh cinta, lelaki itu
 tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu  
adalah segalanya dihatinya.

andai lelaki tahu..
apabila seseorang perempuan itu mengalirkan air mata,
 itu bukan bermakna dia lemah tapi dia sedang mencari 
kekuatan untuk terus tabah mencintai lelaki itu.

andai lelaki tahu...
apabila seorang perempuan cepat marah, dia memang 
tidak mampu mengawal perasaannya. tapi percayalah 
itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan 
menyayangi lelaki itu. lihat sahaja pasangan yang baru  
bercinta, mereka jarang bergaduh. tetapi percayalah  
semakin bertambah sayang mereka pasa seseorang,
 semakin banyak pula pertelingkahan yang berlaku.

andai lelaki tahu...
apabila seseorang perempuan itu banyak bercakap, 
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda 
rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan 
lebih dekat.

andai lelaki tahu...
seorang perempuan itu berkata dia mahu anda
 berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu 
menerima anda seadanya. tetapi dia mahu menjadikan
 anda lebih baik, 
bukan untuk dirinya tetapi untuk masa depan anda

andai lelaki tahu..
apabila seseorang perempuan itu cemburu dan tidak 
percayakan anda itu bukan bermakna  dia tidak
 sayang..sebaliknya dia terlalu sayangkan anda
 dan masih menganggap anda seperti anak kecil 
yang perlukan perhatian. kadang-kadang dia terlalu
 risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati
 kepercayaan yang diberi. naluri keibuannya kuat. dia 
hanya  mahukan yang terbaik untuk anda.

andai lelaki tahu..
apabila perempuan itu merajuk, jangan kata dia
 mengada-ngada. dia bukannya mahu dipujuk 
dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi 
cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan 
rasa dirinya dihargai..

andai lelaki tahu..
apabila perempuan jarang mengatakan ' I love You,' 
itu tidak bermakna dia tidak mencintai tetapi dia mahu 
lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya
 dengan 
kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya..

andai lelaki tahu..
apabila perempuan kata dia rindu pada kamu, dia
 benar-benar maksudkannya. apabila berjauhan, 
bayangan kamu akan sentiasa bermain di mata.

andai lelaki tahu..
apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik 
daripada diri kamu, jangan percaya kata-katanya
 kerana dia hanya menguji kamu. dia mahu melihat
 bagaimana kamu sanggup menjadi yang terbaik
 di matanya.walaupun sememangnya kamulah 
yang terbaik di hatinya. selagi dia dengan kamu, 
percayalah, walaupun perempuan masih
 menganggap ramai lagi yang lebih baik dimatanya,
 tetapi dihatinya kamu tetap yang terbaik.

andai lelaki tahu..
apabila perempuan itu menjadi degil, dia bukan
 bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu
 melihat sejauh mana kamu mampu bersabar dengan
 kerenahnya percayalah hati perempuan itu sangat 
lembut. andai kena caranya, jangan terkejut kalau 
dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

andai lelaki tahu..
apabila perempuan itu berkata "tolong tinggalkan saya".
 dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi 
selamanya. dia hanya mahu menenangkan fikirannya 
sebentar saja. apabila dia kembali tenang, percayalah
 dia akan mencari anda semula. itu tandanya dia 
benar-benar menyintai anda. perempuan memang sukar
 mengawal perasaan. dia terlalu emosional. tapi dialah
 yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif
 dengan perubahan pada diri anda.

andai lelaki tahu...
sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan
 itu dengan perbezaan yang tersendiri. tetapi sekiranya
 mereka saling memahami, mereka akan saling
 melengkapi dan menyempurnakan.perempuan itu
 diciptakan oleh Allah indah sekali. disebalik air 
matanya, tersimpan seribu kekuatan yang bakal
 menjadikan seseorang lelaki itu selamat bersamanya. 
biarpun 
perempuan itu tampak lemah tapi dia punya 
kekuatan sendiri yang bisa mengoncangkan dunia dan
 mungkin bisa pula membuat lelaki lemah kerananya..

jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam 
hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan 
kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk
 menyokong anda dan membuatkan hidup anda lebih 
sempurna. dialah yang bakal menjadi perempuan
 bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak-anak
 anda..


No comments: