Tuesday, March 22, 2011

HARGA CINTA

cinta itu
sukar di tafsirkan dengan kalimah
mahal tarifnya maha tulen
perlu diolah hakikat aktual
seakan sekian waktu mengejar fatamorgana di gurun sahara
cinta itu
perasaan jiwa azali
fitrah sifat manusia
menjelma tanpa salam
tanpa pesan
tiada bertopeng
cinta itu
mengetahui dalam sepi
istilah cuma tahu bercinta
andai ada landasan terpasrah
buat pesona cinta
cinta itu
menuntut hak dicintai mencintai
dalam menakluki cinta
ingin jua cinta dijajahi sepenuhnya
cinta itu
transisi kepada cinta putih
mungkin layu sekiranya alpa
pun gugur satu persatu
betapa harga sebuah cinta
deria dan emosi
meraba mencari keruan pasti
realiti pengembaraan cinta
cinta itu
kata yang telah sedia ada
namun tak seindah menikmati
persoalan harus digembur
dari personaliti sendiri
tiada bicara lain
wibawa merealisasikan kemurniaan cinta
selain ungkapan cinta terpacak 
cinta itu tiada nilainya
kerana nilainya milik nyata
perasaan dua hati 
bersama sebuah cinta abadi...

No comments: